Hari Setiap Orang Menggambar Muhammad (atau Hari Menggambar Muhammad) ialah sebuah acara 2010 dalam menyokong para seniman yang terancam dengan kekerasan terhadap penggambaran Nabi Muhammad. Peristiwa tersebut timbul dari protes menentang penapisan episod rancangan televisyen Amerika Syarikat South Park "201", yang dilakukan oleh pengedar rancangan iru, Comedy Central, dalam menanggapi ancaman kematian yang dibuat terhadap beberapa orang yang bertanggung jawab atas penyiaran dua segmen pada April 2010. Penggambaran mewakili Muhammad dikirim di internet pada 20 April 2010, dengan pesanan yang meminta agar "setiap orang" membuat sebuah gambar yang menggambarkan Muhammad pada 20 Mei dalam menyokong kebebasan bersuara.
Developed by StudentB